Sunday, October 28, 2012

Individu Yang Terlibat Dalam Menanam Sikap Sukakan Matematik Dan Peranan Mereka

1 . Ibu bapa
Ibu bapa merupakan agen yang banyak mempengaruhi seseorang kanak-kanak. Ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan seseorang itu. Segala yang ibu bapa lakukan banyak memberi kesan kepada perkembangan mental kanak – kanak. Ibu bapa perlu memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan mengajar anak-anak mereka dengan ilmu yang betul. Sikap sukakan matematik perlu ditanam ke dalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka perlu memperkenalkan anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi. Perkembangan ilmu yang bermula di rumah akan memberi kesan yang besar kepada penguasaan dan minat kanak-kanak tersebut kepada ilmu itu. Kanak-kanak tersebut mungkin akan dapat menguasai ilmu itu dengan berkesan dan sangat berminat dengan subjek tersebut.
Di samping itu, ibu bapa haruslah wujudkan perpustakaan di rumah dengan mengadakan banyak buku-buku matematik. Biar hidup mereka tidak lengkang dengan matematik. Biar mereka biasa dengan matematik dan merasa matematik itu suatu subjek yang senang. Biar mereka lihat matematik itu adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan lihat matematik adalah suatu subjek yang mudah.

2. Guru-Guru
Sekolah juga penting dalam menanam semangat sukakan matematik di kalangan pelajar. Sebagaimana yang kita tahu punca utama kita mendapat ilmu adalah daripada guru. Bagaimana kita menerima sesuatu subjek itu adalah bergantung kepada pendekatan yang guru itu gunakan untuk memperkenalkan subjek itu kepada pelajar-pelajarnya. Guru pula perlu tahu bagaimana hendak membuat seseorang pelajar berminat terhadap pengajaran yang diberikan. Guru perlu guna pendekatan yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap matapelajaran yang diajar terutama mata pelajaran matematik. Pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan yang dapat membuat pelajar mudah faham apa yang diajar dan dapat mengingatinya sampai bila-bila masa.
Guru-guru berperanan menerangkan kepada para pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran matematik. Jika pelajar malas dan susah faham dengan subjek matematik maka guru perlu memainkan peranan untuk menasihatkan mereka dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya dengan penuh dedikasi dan hikmah. Guru perlu pastikan prestasi pelajar dalam matematik sentiasa stabil dan sentiasa ambil berat jika ada bahagian yang pelajar tidak faham. Selain itu, guru juga tidak patahkan semangat pelajar dengan memarahi atau memalukan pelajar yang tidak tahu atau tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Sebaliknya, guru patut menggalakan mereka menggunakan daya kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan susah.

3 . Masyarakat
Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat sukakan matematik di kalangan pelajar sekolah. Masyarakat merupakan satu komuniti yang banyak mempengaruhi perkembangan mental dan minda pelajar-pelajar. Jika masyarakat tersebut adalah masyarakat yang mementingkan matematik maka pelajar akan mempunyai kepercayaan bahawa subjak matematik merupakan subjek yang penting dan sangat berguna dalam kehidupan, masyarakt dan negara. Dengan yang demikian mereka akan skor markah yang tinggi dalam peperiksaan. Oleh sebab itu, masyarakat mesti disedarkan betapa pentingnya subjek ini. Langkah ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan melalui kempen – kempen yang menarik.

4 . Kerajaan
Kerajaan juga memainkan perana ynag penting dalam mewujudkan semangat sukakan matematik dikalangan pelajar. Kerajaan boleh melakukan usaha melalui sekolah-sekolah menganjurkan kuiz matematik untuk menggalakakn pelajar mempelajari subjek matematik dengan lebih maju lagi.

Peringkat Penguasaan Matematik

Peringkat Kanak-kanak
Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling untuk merangsang perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah menerima apa yang diajar kepada mereka. Mereka juga suka kepada benda-benda baru. Di sini ibu bapa perlu memainkan peranan mendedahkan kanak-kanak tadi dengan sistem penomboran. Ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak dengan asas matematik yang berkaitan dengan nombor-nombor asas. Kita perlu ajar mereka dengan nombor-nombor satu hingga sepuluh. Suruh mereka sebut dan hafal nombor-nombor tersebut.

Peringkat Kanak-kanak Remaja
Pada usia tujuh hingga dua belas tahun kanak-kanak perlu diajar dengan operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada peringkat ini, kanak-kanak berada dalam alam persekolahan. Di sekolah, mereka diajar dengan pelbagai teknik pembelajaran, pelbagai operasi matematik dan terma-terma matematik . Mereka juga didedahkan dengan pecahan, peratus, statistik dan pelbagai operasi lain yang selalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Peringkat Remaja
Pada usia tiga belas sehingga tujuh belas tahun, pelajar sudah berada dalam alam persekolahan menengah. Pada ketika ini, pelajar akan mempelajari matematik algebra dan matematik diskrit di mana ianya lebih susah sedikit. Pada masa ini, pelajar-pelajar dianggap sudah dapat menguasai matematik secara luas selepas tamat zaman persekolahan.

Peringkat Umum

Peringkat ini ialah daripada umur lapan belas sehingga ke atas. Tahap ini merupakantahap di mana seseorang diharap mempunyai penguasaan yang kuat dalam matematik algebra dan matematik diskrit serta berjaya menguasai matematik secara keseluruhannya.

Monday, October 15, 2012

Cara membentuk minat Matematik

Apakah Matematik dan Kenapa Kita Perlu Matematik?

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan, matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.


Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.

Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.

Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematik yang menjadi tunjak utama dalam fizik. Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.

Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik.

Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.

Ahkir sekali, matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.

My Music

Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon